>

Selepas Setahun Guna Persona 2016

Selepas Setahun Guna Persona 2016



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai rupanya yang melihat blog saya berkenaan proton Persona baru. Dan jika di lihat, semakin ramai memiliki kereta Proton Persona baru ini. Jika di lihat di jalan raya, masih "rare" atau jarang kelihatan. Namun sekarang, saya dapat melihat semakin ramai pengguna Proton Persona Baru dan ramai juga golongan muda yang membelinya.

Bayaran Bulanan Lebih Rendah

Saya tak nafikan proton persona adalah sebuah kereta yang di kira berbaloi untuk dimiliki sama ada di buat full loan atau dengan bayaran deposit kerana bayaran bulanannya masih rendah dengan faktor kereta segmen ini. Kereta sedan adalah menjadi keutamaan rakyat Malaysia khususnya kerana purata dari kita inginkan sebuah kereta yang berbonet besar dan harga yang berpatutan. Ianya sebuah sedan yang cukup serba serbi pada harganya.

Servis di Proton Edar

Selepas setahun, saya tidak pernah servis di luar dan masih bertahan servis di Proton Service Center untuk melihat sejauh mana keberkesanan Proton mengendalikan Proton Persona Baru ini. Ya, sekarang customer diberi pilihan oleh Proton Servis untuk memilih jenis jenis servis yang kita perlukan berdasarkan kilometer/milleage.

Minyak Fully Syn versus Semi-Syn

Pada 1000km yang pertama, sy memilih minyak fully synthetic sebagaipenanda aras untuk memastikan enjin dalam keadaan yang baik dan menggunakan minyak RON 97. Ini sekadar eksperimen pada diri sendiri untuk melihat adakah proton Persona baru ini cukup baik jika menggunakan minyak Fully Syn dan RON 97. Ya, saya akui keadaan kereta lebih baik dan smooth jika saya menggunakan kedua-duanya. Enjin lebih senyap, dan pemanduan terasa lebih ringan (pandangan peribadi). Sekarang, saya menggunakan semi-syn dan RON 95. Dapat rasa sedikit kasar dalam menekan minyak tapi masih smooth pemanduannya.

                                                              sumber: paultan.org

Selepas Setahun

Selepas setahun ofkos kena renew roadtax dan insurans kan? haha. Jadi, terpulang kepada anda untuk memilih insurans kegemaran anda. Saya memilih untuk menjadikan takaful malaysia sebagai insurans kereta saya.

Standby dalam RM1k - RM1.5k untuk tahun pertama. Roadtax RM90.

Selepas setahun menggunakan:

1. Tiada masalah enjin (Alhamdulillah).

2. Minyak agak jimat jika dibandingkan model proton yang lain. 
- Penuh RM 88 (RON97) Petron, sejauh 550km ke 600km dengan kelajuan 90 ke 120km/j dan 80% highway, 20% bandar.

3. masalah bunyi dashboard, saya tak isukan sebab bunyi tu semakin berkurangan dan sekarang agak kurang kedengaran. Jadi, saya biarkan shj.

4.Saya tidak modified apa2 dengan kereta ini. Gunakan seadanya untuk melihat keberkesanannya.

5. Di sarankan guna minyak fully synthetic dan RON 97 untuk kebaikan enjin (pandangan peribadi)

6. Seat senang bercapuk (fabric), jadi, sama ada anda alas atau gunakan foam remover untuk fabric sebagai pembersih.

**Jadi, jika anda pengguna Proton Persona baru selepas setahun, di alu-alukan berikan pendapat dan pandangan di ruangan komen sebagai panduan untuk kita semua.

Sekian, terima kasih dan selamat memandu








Terima Kasih Kerana Membaca Blog Ini.

Proton Saga 2016 dan Perodua Bezza 2016


PROTON SAGA 2016







PERODUA BEZZA 2016



Dua buah kereta yang hangat diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang ingin membeli sebuah kereta yang bukan sahaja mampu milik malah menjimatkan minyak.

Jika anda pengguna salah sebuah kereta di atas, boleh mengutarakan pandangan anda di ruangan komen sebagai panduan untuk orang lain masa kini.




Terima Kasih Kerana Membaca Blog Ini.

Kelebihan Dan Kekurangan Persona 2016



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya ramai dah review berkenaan kereta Persona 2016 yang dilancarkan Proton August 2016.

Saya antara pengguna Persona 2016. Apa yang membuatkan saya memilih Persona baru ini setelah saya dapati Perodua juga mengeluarkan kereta sedan Bezza. 

Awalnya, saya agak keliru memilih salah satu kereta ini sama ada Bezza atau Persona 2016. Jadinya, saya membuat sedikit researcch berkenaan kedua dua kereta ini.

Oleh kerana saya tidak memandu Bezza, jadi saya tiada peluang untuk berbincang mengenai Perodua Bezza. Jadi, saya memilih Persona baru kerana improvement yang dilakukan oleh Proton dari model Iriz sebelum ini.

Problem ape je?

Rata-rata mengatakan Iriz tiada major problem dan hanya minor problem lagi lagi dashboard. Sebagai pengguna Persona, saya mendapati masalah sama berulang ke atas Persona kali ini. Ada bunyi pada dashboard.

Dari segi pemanduan, handling Persona kali ini jauh lebih baik dan smooth. Bila memandu anda dapat rasakan memandu sebuah kereta mewah. Handling yang cukup baik dan senjin yang agak senyap didalam. Kurang getaran semasa kereta berhenti di traffic light (ini saya respek) macam Honda City pulak rasa.

Saya telah pun 1st service 1k km di SC dan mengutarakan beberapa isu berkaitan Persona 2016 dan saya juga telah menghantar email kepada customercare.proton.com.my untuk membuat aduan sbg panduan proton untuk meningkatkan (Quality Control) kepada model akan datang.

Jimat Minyak ke?

Ni soalan paling famous di zaman Najib. Saya akui sedikit jimat Persona baru ni. Dengan sistem ECO drive membantu kita mendapatkan pemanduan secara jimat. Ikut juga cara pemanduan korang. Kalau memandu 90 ke 110km/h rasanya memang nampak jimat.

Mungkin tak sejimat kereta Myvi, tapi untuk kereta kapasiti 1.2ton beratnyer, cukup berbaloi lebih lebih lagi safety diutamakan. Bawak pada kelajuan 120km/h masih lagi jimat dengan steady maintain bawak kelajuan yang sama. Jangan bawak laju laju nanti kene saman. Hehe





Mudah ke nak lepas loan kereta Persona ni?

Untuk loan kereta ni, bergantung kepada gaji korang dan skoring pada bank. Macam saya, ada PTPTN dan setel tunggakan tapi sistem masih ada dalam rekod bank. Jadinya, saya xde kesukaran mendapatkan loan approval dari bank. 2minggu lulus loan, mgu ketiga amek kereta. 3 minggu je proses tu lebih lebih lagi kereta yang ready stock. Saya amek Persona Exec 1.6 CVT. Stock dah ada, laju je la die keluar. kalau premium punya mungkin agak lambat sebab ready stock tak banyak. Jadi korang kene tunggu dalam sebulan plus plus la jugak.

Interest rate kereta 3.25% di bawah Public Bank. Rasanya masih lagi berbaloi la. Tak tinggi sangat tak rendah sangat. Rasanya Kuwait Finance lagi rendah interestnya.

Berbaloi tak amek Persona ni?

Berbaloi la. Sebab dah amek kereta ni. Ikot poket anda jugak yer. Kalau rasa mampu nak amek kereta mahal lagi pon xde masalah. Dari segi design luar dalam look nice. Luar ada org kata mcm dugong. Ada la sikit tapi still look elegant beb. Sales mintak saya amek Honda City dan Almera (memang boleh lepas tetapi......). Saya tolak sebab lebihan bulanan 200++ tu baik saya buat bayar minyak kereta. Itu konsep saya dalam menijimatkan kewangan. Korang boleh plan mana yang priority.




Jadi, buatlah pilihan anda. 

Boleh layari http://www.newpersona.proton.com/



Terima Kasih Kerana Membaca Blog Ini.

Tone Excel - Apa Kelebihannya

TONE EXCEL


Apa sebenarnya Tone Excel?
Betul ke simkad ni menipu orang ramai?

Betul ke?

Ramai yang dah tertipu sebenarnya dengan simkad ni. Sebab ramai yang dah menjana income dengan simkad ni tanpa disedari dan tanpa perlukan usaha sehebat MLM.


toneexcel


8 Kelebihan Tone Excel Sim Kad:

Kelebihan 1
Dapat 1 Sim Kad Tone Excel PERCUMA!

Kelebihan 2
Di dalam sim kad, sedia ada topup/kredit RM30

Kelebihan 3
Dapat Personal Accident Insurance dari Tune Insurance bernilai RM100ribu, PERCUMA!!!

Kelebihan 4 
Setiap kali kita topup, mata ganjaran anda dapat:

RM 5 - 8 point
RM10 - 20 point
RM 20 - 40 point
RM30 - 70 point
RM50 - 120 point
RM100 - 240 point
RM200 - 480 point
RM300 - 720 point

Point diatas TIADA TARIKH LUPUT. sama ada anda topup atau orang lain topup

Dan point ini boleh ditukar untuk

1. Tiket Concert.
2. Movies
3. Hotels
4. Holidays
5. FLIGHTS
6.e-gift voucher

Contoh pusat pelancongan:

Singapore, Thailand, Myanmar, Macau, Perth Australia, Melbourne Australia

Paling penting, setiap kali anda topup RM30, anda dapat percuma RM10. Jadi baki anda menjadi RM40.

Kelebihan 5
Dapat Corporate/Diskaun Rate Tune Hotel

Kelebihan 6
Dapat masuk cabutan bertuah setiap minggu, setiap bulan dengan hadiah yang hebat

Kelebihan 7
Dapat masuk pertandingan hebat hebat sehingga wang tunai RM5000, insentif umrah apabila komisyen topup RM1300.

Kelebihan 8
Boleh menjana side income tanpa anda perlu bersusah payah menjual produk dan dapatkan keuntungan. Hanya mereka topup, kita dapat untung


Saya akan terangkan.

Whatsapp saya di 011 15167911

Terima Kasih.



Terima Kasih Kerana Membaca Blog Ini.