Selepas Setahun Guna Persona 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ramai rupanya yang melihat blog saya berkenaan proton Persona baru. Dan jika di lihat, semakin ramai memiliki kereta Proton Persona baru ini. Jika di lihat di jalan raya, masih "rare" atau jarang kelihatan. Namun sekarang, saya dapat melihat semakin ramai pengguna Proton Persona Baru dan ramai juga golongan muda yang membelinya.
Bayaran Bulanan Lebih Rendah
Saya tak nafikan proton persona adalah sebuah kereta yang di kira berbaloi untuk dimiliki sama ada di buat full loan atau dengan bayaran deposit kerana bayaran bulanannya masih rendah dengan faktor kereta segmen ini. Kereta sedan adalah menjadi keutamaan rakyat Malaysia khususnya kerana purata dari kita inginkan sebuah kereta yang berbonet besar dan harga yang berpatutan. Ianya sebuah sedan yang cukup serba serbi pada harganya.
Servis di Proton Edar
Selepas setahun, saya tidak pernah servis di luar dan masih bertahan servis di Proton Service Center untuk melihat sejauh mana keberkesanan Proton mengendalikan Proton Persona Baru ini. Ya, sekarang customer diberi pilihan oleh Proton Servis untuk memilih jenis jenis servis yang kita perlukan berdasarkan kilometer/milleage.
Minyak Fully Syn versus Semi-Syn
Pada 1000km yang pertama, sy memilih minyak fully synthetic sebagaipenanda aras untuk memastikan enjin dalam keadaan yang baik dan menggunakan minyak RON 97. Ini sekadar eksperimen pada diri sendiri untuk melihat adakah proton Persona baru ini cukup baik jika menggunakan minyak Fully Syn dan RON 97. Ya, saya akui keadaan kereta lebih baik dan smooth jika saya menggunakan kedua-duanya. Enjin lebih senyap, dan pemanduan terasa lebih ringan (pandangan peribadi). Sekarang, saya menggunakan semi-syn dan RON 95. Dapat rasa sedikit kasar dalam menekan minyak tapi masih smooth pemanduannya.
sumber: paultan.org
Selepas Setahun
Selepas setahun ofkos kena renew roadtax dan insurans kan? haha. Jadi, terpulang kepada anda untuk memilih insurans kegemaran anda. Saya memilih untuk menjadikan takaful malaysia sebagai insurans kereta saya.
Standby dalam RM1k - RM1.5k untuk tahun pertama. Roadtax RM90.
Selepas setahun menggunakan:
1. Tiada masalah enjin (Alhamdulillah).
2. Minyak agak jimat jika dibandingkan model proton yang lain.
- Penuh RM 88 (RON97) Petron, sejauh 550km ke 600km dengan kelajuan 90 ke 120km/j dan 80% highway, 20% bandar.
3. masalah bunyi dashboard, saya tak isukan sebab bunyi tu semakin berkurangan dan sekarang agak kurang kedengaran. Jadi, saya biarkan shj.
4.Saya tidak modified apa2 dengan kereta ini. Gunakan seadanya untuk melihat keberkesanannya.
5. Di sarankan guna minyak fully synthetic dan RON 97 untuk kebaikan enjin (pandangan peribadi)
6. Seat senang bercapuk (fabric), jadi, sama ada anda alas atau gunakan foam remover untuk fabric sebagai pembersih.
**Jadi, jika anda pengguna Proton Persona baru selepas setahun, di alu-alukan berikan pendapat dan pandangan di ruangan komen sebagai panduan untuk kita semua.
Sekian, terima kasih dan selamat memandu
No comments:
Post a Comment