>

Kelebihan Dan Kekurangan Persona 2016



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya ramai dah review berkenaan kereta Persona 2016 yang dilancarkan Proton August 2016.

Saya antara pengguna Persona 2016. Apa yang membuatkan saya memilih Persona baru ini setelah saya dapati Perodua juga mengeluarkan kereta sedan Bezza. 

Awalnya, saya agak keliru memilih salah satu kereta ini sama ada Bezza atau Persona 2016. Jadinya, saya membuat sedikit researcch berkenaan kedua dua kereta ini.

Oleh kerana saya tidak memandu Bezza, jadi saya tiada peluang untuk berbincang mengenai Perodua Bezza. Jadi, saya memilih Persona baru kerana improvement yang dilakukan oleh Proton dari model Iriz sebelum ini.

Problem ape je?

Rata-rata mengatakan Iriz tiada major problem dan hanya minor problem lagi lagi dashboard. Sebagai pengguna Persona, saya mendapati masalah sama berulang ke atas Persona kali ini. Ada bunyi pada dashboard.

Dari segi pemanduan, handling Persona kali ini jauh lebih baik dan smooth. Bila memandu anda dapat rasakan memandu sebuah kereta mewah. Handling yang cukup baik dan senjin yang agak senyap didalam. Kurang getaran semasa kereta berhenti di traffic light (ini saya respek) macam Honda City pulak rasa.

Saya telah pun 1st service 1k km di SC dan mengutarakan beberapa isu berkaitan Persona 2016 dan saya juga telah menghantar email kepada customercare.proton.com.my untuk membuat aduan sbg panduan proton untuk meningkatkan (Quality Control) kepada model akan datang.

Jimat Minyak ke?

Ni soalan paling famous di zaman Najib. Saya akui sedikit jimat Persona baru ni. Dengan sistem ECO drive membantu kita mendapatkan pemanduan secara jimat. Ikut juga cara pemanduan korang. Kalau memandu 90 ke 110km/h rasanya memang nampak jimat.

Mungkin tak sejimat kereta Myvi, tapi untuk kereta kapasiti 1.2ton beratnyer, cukup berbaloi lebih lebih lagi safety diutamakan. Bawak pada kelajuan 120km/h masih lagi jimat dengan steady maintain bawak kelajuan yang sama. Jangan bawak laju laju nanti kene saman. Hehe





Mudah ke nak lepas loan kereta Persona ni?

Untuk loan kereta ni, bergantung kepada gaji korang dan skoring pada bank. Macam saya, ada PTPTN dan setel tunggakan tapi sistem masih ada dalam rekod bank. Jadinya, saya xde kesukaran mendapatkan loan approval dari bank. 2minggu lulus loan, mgu ketiga amek kereta. 3 minggu je proses tu lebih lebih lagi kereta yang ready stock. Saya amek Persona Exec 1.6 CVT. Stock dah ada, laju je la die keluar. kalau premium punya mungkin agak lambat sebab ready stock tak banyak. Jadi korang kene tunggu dalam sebulan plus plus la jugak.

Interest rate kereta 3.25% di bawah Public Bank. Rasanya masih lagi berbaloi la. Tak tinggi sangat tak rendah sangat. Rasanya Kuwait Finance lagi rendah interestnya.

Berbaloi tak amek Persona ni?

Berbaloi la. Sebab dah amek kereta ni. Ikot poket anda jugak yer. Kalau rasa mampu nak amek kereta mahal lagi pon xde masalah. Dari segi design luar dalam look nice. Luar ada org kata mcm dugong. Ada la sikit tapi still look elegant beb. Sales mintak saya amek Honda City dan Almera (memang boleh lepas tetapi......). Saya tolak sebab lebihan bulanan 200++ tu baik saya buat bayar minyak kereta. Itu konsep saya dalam menijimatkan kewangan. Korang boleh plan mana yang priority.




Jadi, buatlah pilihan anda. 

Boleh layari http://www.newpersona.proton.com/



Terima Kasih Kerana Membaca Blog Ini.

43 comments:

azad said...

assalamualaikum. fikiran anda sama macam saya. sebijik. semuanya.

Fendy said...

hahaha...sebelum berhutang kene fikir poket jua...selamat menggunakan persona

Anonymous said...

After 3 years, life is begin....

Anonymous said...

after 5 years my exora still running good...good choice bro...why pay more for sedan b segment car..

Sayap said...

Bro mintak review setelah 1 tahun pakai

Fendy said...

selepas setahun, saya akan cuba review kereta ni. setakat ni baru 7bulan guna, pemanduan jimat minyak, handling sedap,mungkin cara pemanduan saya yg tidak lasak. ape2 sy akan update setahun kemudian

Ton202 said...

Sy baru seminggu beli persona 2017 cvt auto dan baru saja 780km.memang berbaloi memiliki kereta seperti ini.
Tapi apa yang buat sy kecewa sedikit,ialah ada bunyi "tok" atau bunyi semacam ketuk apabila menukar gear R ke D,masuk parking,melalui bonggol,dan melalui jln bukin apabila menekan pedal minyak..rasanya mcm ada longgar bahagian drive sap.sebelah kanan.
Apa masalahnaya ye??..

Unknown said...

Pergi SC utarakan masalah..nanti mereka akan lohatvapa yang patut..pastikan pergi SC yg 3s

Bon said...

Persona 2017 selesa engine kuat dan laju.. Jimat minyak seminggu rm50 guna drive seharian turun naik round2 bandar.. Klu jarang jln 2minggu bleh guna.. Terbaik. πŸ‘

Bon said...

Persona 2017 selesa engine kuat dan laju.. Jimat minyak seminggu rm50 guna drive seharian turun naik round2 bandar.. Klu jarang jln 2minggu bleh guna.. Terbaik. πŸ‘

aznida razali said...

saya ada 1 masalah pada pesona nie...2 3 kali kena kereta xboleh start..proton just imform tunggu 2 3 hours n start blk..adoiii pening

Zawiyah said...

Cmne n cermin keta

Unknown said...

QUOTE
Sy baru seminggu beli persona 2017 cvt auto dan baru saja 780km.memang berbaloi memiliki kereta seperti ini.
Tapi apa yang buat sy kecewa sedikit,ialah ada bunyi "tok" atau bunyi semacam ketuk apabila menukar gear R ke D,masuk parking,melalui bonggol,dan melalui jln bukin apabila menekan pedal minyak..rasanya mcm ada longgar bahagian drive sap.sebelah kanan.
Apa masalahnaya ye??..

JAWAPAN :
Saya pernah kena macam nie pada kereta saya. Bukan Drive Shaft... Tp Stabilizer... Boleh check dgn SC atau kedai tayar.

Mohd Firdaus Wong Abdullah said...

Apa masalah tanda reminder period inspection keluar wp dah servis pun

Fendy said...

Tuan minta sc reset semula.

Fendy said...

Cermin kereta tiada masalah walaupun fah tinted. Steady

Fendy said...

Kene check dengan sc yang lain. Lain tempat lain cara mereka servis dan advice. Mmg tak sama advice mereka. Dan boleh buat aduan jika masalah berulang utk HQ call out sc tersebut

Fendy said...

Tahniah. Nice kan...

Fendy said...

Saya dah review tuan. Boleh check

Fendy said...

https://blogfendy.blogspot.my/2017/09/selepas-setahun-guna-persona-2016.html?m=1

Review selepas setahun digunakan

Unknown said...

Saya pun baru beli standard cvt auto..pakai dalam seminggu ada bunyi kat depan dashboard..bunyi macam(krik..krik)..tu pun bila waktu awal pagi semasa memandu..bila dah enji n panas bunyi pun hilang..apa masalah nya bro..ada solution tak..

Unknown said...

Saya pun baru beli standard cvt auto..pakai dalam seminggu ada bunyi kat depan dashboard..bunyi macam(krik..krik)..tu pun bila waktu awal pagi semasa memandu..bila dah enji n panas bunyi pun hilang..apa masalah nya bro..ada solution tak..

Unknown said...

perna nk overtek keta lain larian 120 tetiba pedal minyak mcm x berfungsi,terkejut juga la...knpa tu ye?sya guna cvt standard

Anonymous said...

Sy nak tanya,sy guna model executive,br ambik bulan 10 ni. Nape ek clock n setting plyer blh reset secara tiba2? Letih plak nk slalu adjust2.

Fendy said...

Saya pun baru beli standard cvt auto..pakai dalam seminggu ada bunyi kat depan dashboard..bunyi macam(krik..krik)..tu pun bila waktu awal pagi semasa memandu..bila dah enji n panas bunyi pun hilang..apa masalah nya bro..ada solution tak..

Jawapan: Itulah masalah dari model Iriz. Berulang kepada persona. bunyi tu ketika kereta sejuk/pagi/hujan. Boleh pergi SC untuk fix

Unknown said...

saya pun skrg ada mslh yg sama...ada time nk overtake xdpt sb tiba2 pedal minyak mcm tdk berfungsi?

Anonymous said...

Sy jg alami mslh yg sama..tetiba je kereta run lmbt sdgkan masa tu in gear 4..mcm da pkai gear 2 plak..pelik ..tekan pedal minyak mcm x bfungsi..few minutes after tu baru ok.

Anonymous said...

Saya baru 3 bulan guna persona, brek ada bunyi mcm bergeser. Masa servis yg pertama dh bg tahu SC, tp skrg masalah tu berulang lagi.
Lag satu bila naik bonggol jln mcm ada bunyi "tok".
Kenapa yer?

Anonymous said...

dah pakai setahun setengah, so far ok je..takde major problem, ada 2 minor problem yg dah solve kat sc COSE subang jaya, cigarette lighter socket fuse rosak dgan wind noise kat driver seat..performance so far tiptop cuma kurang pick up sikit, kereta biasa klau lepas break akan bergerak, tp ni klau lepas break slow je jlan dy, takde masalah dgan tu sbab jlan jem senang sikit takde tekan break byak kali..btw tahniah proton sbab improved byak sgat

Unknown said...

So far pesona 2018 ni macam mana bos ?Berbaloi k kalau saya ambik pesona prem

kamal said...

Setahun lebeh saya ngan Persona ni takde pon yg dpt saya banggakan...
1.Kuat mentadarah petrol 25sen/1km.
2.Bila jln laju sikit 80kmj..bising bunyi dlm kabin.
3.Dashboard bergegar...nak ilangkan gegaran kene tekan dashboard..haha.
4.2 ke 3 fungsi tak boleh bfungsi lagi.
5.Tengah cuci kete boleh tcabut plak cover side mirror...hehe
6.Terbaru handle pintu bleh tcabut/patah...aduh duh.

Anonymous said...

apapunya pomen ,boleh black list dia.

bear said...

dah 2 tahun lebih pakai persona 2016 ni

yang baik setakat ni

1. boleh dikatakan jimat minyak klu ikut pemanduan 90kmj ke 110kmj

2. ruang simpanan belakang luas

3. handling yang baik dan cekap

yang proton kene tambah baik

1. bunyi dashboard dari persona lama sampai model baru mmg berbunyi

2. xsampai setahun runchannel window dah rosak

3. lampu handbrake kadang menyala walaupun dah trun handbrake,kadang tu slalu nyala

4. servis mahal,aftersale kebanyakan SC x pro dari segi alasan yg diberi bila kita tanyakan sesuatu

5. nnt aku pikir lagi

ntah said...

Bgaimana komen tntg .. pessenger di seat blkng.. adakh selesa .base on my experience.. seat blkng nya adlh terlalu smpit.. klu driver tu bdn kecil mngkin selesa lh org blkng itu pn jika seat dpn jgn adjust lh.. klu adjust je. Org blkng psti problemm

ntah said...

Tudia bru je 780km millge.. dah bunyi mcm2 ..klau bg sy.. x brbaloi lh beli keta ni.. mill x smpai 1k pn dah ada problem.. sptut nya xde mslh ni...so kt mn nya berbaloi pkai keta ni.. kt jgn tipu dri sendri.. if keta tu x ok just bgtau je. Bg sy ..mmg x brbaloi klu memikik persona ni.. dan part yg pling xsuka bila seat blkng tu.. pessenger blkng sempit kot..

ntah said...

7. Seat pessenger blkng sempit .. tu yg rmai org terlps pndng. Mngkin ramai yg beli adlh psngn muda yg br kahwin..ank pn kecik dan jrg2 ada bw pesenger di blkng...

ntah said...

Anda da bole agak mslh ni akn jdi pd proton car.. rsa2 brbaloi ka anda byr buln semata2 utk mndpt product yg mcm ni.. tnya hati dan jwb dgn jujur.. it ok.. kt open minded.. .
Kereta persona cmpny aku.. mill xsmpai 1k pn lg ..tp power window da x run.. .sangkut2 bola nk tutup.. fuhhh.. lps dri tu. Ak brtekat .. ak akn hlng mn2 fnly ak bli keta ni... x brbaloiii. Ooi..

Fendy said...

Saya akan review selepas 3 tahun penggunaan bulan 11 2019 nt. stay tune guys

myrule90 said...

saya pun da pakai persona ni da 2tahun lebih. mmg best pakai persona ni.masalah tu mmg ade lah sikit2. tp semua tu da setel. skarang ni buatkan saya risau berkaitan dengan gearbox.saya banyak baca dalam group provoc ramai yang risau dengan gearbox cvt persona ni.katanya cepat rosak walaupun jaga dengan elok.

Zulkhairi Zaini said...

Saya agak kecewa dengan proton persona baru. Kereta saya keluar 15/05/2018 kiranya baru 1 tahun 1 bulan lebih. Dah 2× masuk proton service center. Pertama breakdown 24/04/2019 disebabkan bateri kong nasib ada lagi 1 bulan warranty nak expired jadi boleh claim warranty. Ambil masa 5 hari claim. Tapi selepas 1 bulan keluar dari service center second breakdown 02/06/2019 2 hari sebelum raya. Tengah drive tiba2 jadi macam neutral gear. Sedangkan gear masih dalam keadaan drive. Masuk service center 03/06/2019. 04/06/2019 proton bagitau suspected sensor cvt problem. Proton cakap selepas raya baru boleh start inspection. 10/06/2019 follow up dengan service center. Kereta masih dalam keadaan asal. 11/06/2019 proton dah check dan jumpa masalah pada kereta saya iaitu valve body control shifter untuk cvt rosak. Cost untuk valve body tu berharga rm5+++.00. Jadi kereta masih under warranty. Jadi claim warranty pada 12/06/2019 dan menunggu approval. Follow up dengan service center 17/06/2019 claim dah approved tapi barang spare part akan sampai di proton service paling lewat 02/07/2019. Belum masuk pemasangan jadi. Disini saya rasa agak kecewa kerana loan kereta saya tetap bayar tapi kereta tak dapat digunakan. Jadi rugilah 1 bulan lebih. Disini saya ada nasihat sikit kepada sesiapa yang plan nak ambil proton persona baru ni. Make sure ambil yang keluaran terbaru pasal apa yang saya dapat tahu keluar stock keluaran 2016 Dan 2017 setengah kereta memang terdapat masalah. Kereta saya stock September2017. Mungkin nasib tak menyebelahi saya. Jadi pada pendapat saya proton punya safety 🌟🌟🌟🌟🌟 tapi quality πŸ‘ŽπŸΌπŸ‘ŽπŸΌπŸ‘ŽπŸΌπŸ‘ŽπŸΌπŸ‘ŽπŸΌ. Bahagian enjin πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ sebab adik ipar saya pakai iriz manual dah 5 tahun tak ada problem. Tapi untuk cvt saya dah terima problem. Saya harap dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit pengetahuan kepada sesiapa yang ingin memiliki new persona. Sekian

Zulkhairi Zaini said...

Hari ni 03/07/2019 saya telah follow up status kereta dekat service center. Valve body cvt telah pon ditukar pada 02/07/2019 tapi kereta still problem. Service center rujuk dengan specialist untuk datang inspection kerana kereta still tak boleh jalan. Setelah specialist staff datang dia mendapati TCU(transmission control unit) cvt yang sebenarnya problem. Cost untuk TCU rm8++.00. Jadi specialist minta service center buat second claim untuk TCU. Dan akan mengambil masa selama 2 minggu lagi. Lagi sekali timbul kekecewaan. Jadi sampai bilakah kereta ini akan menjadi bahan uji kaji macam tikus makmal?

Author 2 said...

Tengok kereta kawan2 yang keluar masuk sc dan baca review, saya akan avoid this car. Avoid at all cost guys. Jangan menyesal. Save your time for your family not this lemon car.

Zulkhairi Zaini said...

Hari ini 15/07/2019 kereta saya telah keluar dari SC.. tapi ada masalah lain yang tak dijangka.. masa pergi ke SC untuk ambil kereta.. saya diberitahu kereta siap ditukar valve body cvt dan tcu cvt.. tapi apa yang terjadi semasa dalam percubaan memandu oleh staff SC.. beliau mendapati kereta saya ada berbunyi dibahagian suspension disebelah kanan.. beliau telah follow up dengan specialist.. specialist suspected suspension right hand problem jadi.. specialist minta sc staff untuk buat claim diatas RH suspension.. sedangkan semasa kereta saya breakdown tcu problem.. tak ada bunyi2 aneh.. jadi saya cuba memandu sekitar kawasan rumah dan mendapati bunyi tersebut dari bawah depan body kereta.. apabila saya check dibahagian chassis bawah enjin.. saya mendapati semua main screw yang mengikat framed untuk lower arm longgar dan tidak diketatkan seperti yang sepatutnya.. jadi saya terus memandu terus ke SC untuk memaklumkan keadaan tersebut.. tapi seperti yang dijangka.. pihak SC menafikan bahawa staff SC dan foramen di SC berkenaan tidak pernah mengusik screw2 berkenaan kecuali staff dari specialist cvt.. jadi solution dari SC mengetatkan kembali screw2 tersebut.. apabila test drive after that.. semua kembali kepada asal dan tiada sebarang bunyi.. jadi disini sesiapa yang pergi ke mana2 SC make sure buat test drive sebelum bawa kereta balik ke tempat yang sepatutnya.. sebab saya bernasib baik rumah berdekatan dengan SC.. then for SC Proton saya berharap lebih fokus dan peka kepada setiap issue.. jangan terlepas pandang dan menunding jari.. apa customer nak hanyalah solve the problem not to blame anyone.. so SC Proton kipidap don't give up..