Pukul 5
Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 5. Seusai solat Asar di surau tempat aku bekerja, aku bergegas bersiap untuk pulang.
Seperti biasa, thumbprint sebelum pulang sebagai bukti aku bekerja dan pulang mengikut waktu bekerja. Letih.
Motor aku memecut laju meninggalkan kawasan perkarangan syarikat yang telah lebih setahun aku bekerja. Agak bosan bekerja disitu namun tekad untuk mengumpul duit kahwin dan membeli sebiji kereta Honda menjadi azamku.
Dan tiba-tiba......
Gadis berbaju kurung biru berskuter merah dihadapanku. Gadis ini. Gadis yang seringkali aku terserempak setiap kali pulang bekerja. Aku bermonolog sendirian sambil mengekori rapat motor gadis dihdapanku. Gaya anggun dan lemah lembut cara gadis ini membawa motor. Cukup menghiburkan jiwa aku yang meronta ronta ingin tahu wajahnya.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment