>

Gadis Skuter Pukul 5 [ Part 2 ]

Part 2:

Rutin harianku sama seperti pekerja pekerja di Malaysia. Bangun awal pagi solat subuh mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. Motor EX5 ku juga menjadi peneman setiap hari hujan panas tetap kami bersama. Apakan daya gajiku tidak sebesar CEO syarikat terkemuka apatah lagi duit gajiku habis membayar hutang setiap bulan. Pengsan.

Ahaksss.....

Aku termenung. Masih lagi terbayangkan gadis berskuter merah itu. Dan saat itu aku merasakan tulang kiriku bergetar hebat. Gila. Kau ingat kau siapa nak memiliki wanita berskuter merah itu. Sejak terserempak gadis itu jiwa aku jadi tak menentu. Tak pernah pernah aku alami kekacauan jiwa sebegini rupa.

Razif!

Bos dengan tidak semena-mena memanggilku. Terkejut lantas aku bangun dan terus ke meje bos dengan perasaan berdebar-debar. Satu surat dihulurkan kepadaku tanpa sebarang kata-kata. Peluh mula membasahi segenap penjuru ruang liang roma ku.

Surat resign untuk memberhentikan aku ke? Aku bermonolog sendirian. Risau. Takut takut aku sudah diberhentikan kerja. Apa yang perlu aku jawab dengan mak ayah dikampung. Habislah aku kali ini. Habislah.

Secara perlahan aku membuka envelop berwarna putih itu.

Hah?


Bersambung......



Terima Kasih Kerana Membaca Blog Ini.

No comments: