>

Gadis Skuter Pukul 5 [ Part 4 ]

Aku menyambung semula kerja kerja yang tergendala semalam. Bidang kejuruteraan ini bukan bidang yang mudah jika tiada minat. Aku masih teringat sewaktu di universiti, mengambil bidang kejuruteraan mekanikal seolah-olah amat payah bagiku. Setiap kali mengambil test ada sahaja yang gagal. Inilah akibatnya kalau suka copy paste assignment orang. Ya, memamng zaman universiti adalah satu zaman yang cukup bermakna. Setiap hujung minggu, ada sahaja aktiviti aktiviti bersama kawan kawan serumah dan sekuliah. Panjat gunung, mandi air terjun, berbasikal dan pelbagai aktiviti lasak yang lain. Memang minat kami rakan serumah dalam aktiviti yang mencabar stamina. 

Ada juga yang cedera ketika melakukan aktiviti aktiviti sebegitu. Tapi ianya tida sedikitpun mematahkan semangat.

Haziq!

Aku memanggil kuat Haziq rakan yang sering menjadikan aku bahan untuk gelak ketawa di dalam kelas. Haziq merupakan kawan universiti yang paling aku rapat. Bermula ketika orientasi di universiti, Haziq adalah orang pertama yang menegur aku di dalam bilik kuliah. Baru aku tahu yang kami berdua satu kursus yang sama. Dan oleh kerana Haziq selalu mendapat dean list dalam setiap semester. Dan itu menjadikan aku modal untuk meniru setiap assignmnent dan juga test. Tapi, setiap kali test Haziq adalah orang yang paling kedekut untuk memberi jawapan kepada aku. Kedekut! Setiap kali habis test aku akan memerli Haziq." Kau tiru kau bukan makin bijak nanti". Haziq membalas.





Terima Kasih Kerana Membaca Blog Ini.

No comments: