Hujan lebat mula turun di bumi yang kepanasan beberapa hari lalu. Alhamdulillah. Bagus juga hujan petang petang begini, sejuk sikit aku nak pulang bekerja. Fikirku. Lantas gadis berskuter merah melintasi fikiranku. Siapa dia? Di mana dia tinggal?
Jam di tangan tepat menunjukkan jam 3 petang. Tinggal 2 jam sahaja lagi aku bakal pulang rutin harian bekerjaku. Kadang kala terpaksa juga OT sehingga lewat malam gara-gara ingin menyiapkan proposal projek yang hampir due date.
Aishhh...banyak pula kerja hari ini. Mata mengantuk. Kalau ada bantal dan tilam sekarang, akan aku terkam dan tidur sepuasnya. Namun apakan daya, angan anagan hanya tinggal angan angan. Pernah juga aku mengambil kesempatan tidur di surau beberapa kali. Namun, pernah sekali aku di marahi bos kerana kantoi tidur disurau. Menadah telinga la aku ketika itu di beri ceramah percuma yang aku sendiri sanggup bayar kepada bos untuk menghentikan bebelan itu.
Laptop dihadapanku seolah olah memahami betapa aku mengantuk ketika itu. Hai laptop, kalaulah kau boleh bercakap sudah lama aku berbual dengan kau untuk menghilangkan kebosanan aku. Walaupun aku ditempatkan di department yang besar, namun office mate aku kesemuanya begitu khusyuk menyiapkan tugasan walhal aku tahu yang mereka ini kuat main facebook dan menonton youtube. Oleh kerana pandai pandai nak hidup diaplikasikan dalam pejabat, maka tiada seorang pun pernah terkantoi dengan bos. Bijak juga mereka semua ni. Aku ketawa kecil.
No comments:
Post a Comment